Terp4ksa reply sebab banyak komen tuduh saya tak solat subuh la, bangun lambat la. Tak kan la setiap amalan nak tulis kat sini.
Saya tak jumpa satu hadis pun yang mengatakan tidur selepas subuh tu h4ram. Memang lepas subuh saya tidur. Sebabnya saya kerja kilang 2 shift. Shift petang pukuI 3 petang sampai 11 malam.. Tapi saya dalam pukuI 12 dah pergi kerja dah.
Balik rumah dekat 12.30 malam dah.. Nak mandi makan tidur, dah dekat 1.30 pagi. Shift pagi 7 pagi sampai 3 petang. Yang ni memang awal pagi dah gerak pi kerja. Sebab tu time shift petang lepas subuh saya tidur. Saya nak rehat sekejap.
Tu pun saya biasa bangun dah dalam pukuI 8, sebab saya akan pergi hantar lauk kat mak saya. Saya gerak ke tempat kerja dari rumah mak saya. Tapi bagi perempuan tu, h4ng kerja pagi ka, kerja malam ka, cuti ka, mesti pukuI 7 kena bangun dah.
Sebab kena pi market beli ikan. Dia nak aku jadi macam style bapak dia. Kalau kata tidur lepas subuh tu salah, bangun pukuI 8 pagi tu h4ram. Boleh tinggalkan hadis dekat komen nanti saya cuba hadam. Dulu dia kata bagi 1500, semua dia siapkan.. Semua lauk dia beli.. Lagipun setiap pagi ada orang datang jual lauk dalam van depan rumah ja.
Dia yang kata nak beli kat pakcik tu. Alih – alih pagi – pagi bising suruh aku bangun pergi market. Tu pun banyak kali aku pergi ja. Tapi tetap ada ja tak kena kat mata dia. Pesan suruh beli ikan, bila aku beli ikan. Bising pulak kenapa beli ikan ni. Kenapa tak beli ikan tu.
Kenapa awal – awal tak cakap ja h4ng nak ikan apa.. Tapi kalau dia pesan pun, mesti ikan mahal – mahal. Bawal hitam, ikan merah. Kalau beli ikan temenung ka, ikan kayu ka dia mula la bising. Kadang – kadang kalau baru gaji aku beli jugak ikan dia nak tu.
Lagi satu, asal aku pergi market sejuta kali call. Mula – mula pesan bawang lepas tu pesan cili. Aku dah separuh jalan balik rumah pesan beli ubi. Aku nak kena patah balik. Mau aku tak baran. Lepas tu sampai rumah bebel macam – macam. Ikutkan hati aku rasa nak hempuk ja dia ni. Setiap kali pi market 6 – 7 puluh habis.
Kalau hari – hari mau berapa dah. Ingat gaji aku sebulan 10 ribu ka. Habis yang 1500 aku bagi tu buat apa. Mana pi duit tu? Sebab tu aku dah tak mau pi market dah. Aku dah kata, kalau nak hari – hari aku beli lauk, aku tak akan bagi 1500 dah.. Semua belanja aku tanggung.
Aku boleh bagi 300 ja sebulan nafkah dia. Tapi dia tak mau pulak. Sebab 1500 lagi besar. Sebelum aku kahwin, aku tau ja bab – bab belanja rumah belanja dapur. Dulu masa mak aku boleh masak, hari – hari aku yang beli lauk.
Sekarang ja aku beli yang dah siap masak. Tu pun aku beli kat kedai, tak bawak yang bini aku masak. Aku pun malas la nak tulis panjang – panjang, nanti netizen kata aku nak kata aku bagus pulak.. Padahal tak pun. Aku cuma nak meluah ja.
Masa aku tulis tempoh hari, memang tengah str3ss giIa. Aku tak tau nak luah dekat sapa. Aku nampak page ni, aku tulis kat sini. Sebab kebetulan kawan tempat kerja menganjing aku pasal bulan ni gaji lambat, nanti mesti bini h4ng call sini.
Kena buat satu group bini complain apa dekat HR. Sambil depa gelak – gelak. Ya la cerita bini aku call mengadu kat HR tersebar jugak la.. Biasa la mulut manusia, nak sebar aib orang no 1. 13 tahun aku kerja kilang ni ada nama baik.
Dapat bini salah, cukup 1 minit untuk jatuhkan maruah seorang lelaki. Kalau jadi lelaki akan faham macam mana aku malu kerana dia. Sebab tu bagi aku ada bini pun baIa ja. Tu pun aku tak cerita pasal hari – hari mintak gelang emas la, rantai emas la.
Hari tu kakak dia dapat anak dia suruh aku hadiahkan rantai emas. Awat bagi hamper ja tak boleh ka. Sejak kahwin hari – hari desak suruh tukar profile pic kat wasap, kat fb letak gambar aku dengan dia. Baru satu dunia tau aku dah kahwin.
Siap kata baru perempuan tak kacau aku. GiIa perempuan ni. Kalau tak kerana mak aku, mesti aku single sampai sekarang. Kurang – kurang aku bahagia lagi masa tu. Terima kasih atas komen dan nasihat anda. – Mi (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Ikutkan memang malas nak sambung. Cuma terp4ksa sambung bila netizen pertikai bini pregnant. Hari tu pertikai aku tak sembahyang subuh. Padahal yang pertikai tu macam tak pernah tidoq lepas subuh. Kalau yang confess tu laki, asyik nak cari salah aku ja kan.
Tapi kalau perempuan, semua benda dia saja betul. Kalau bini aku yang confess. Buat drama sikit, mesti h4ngpa tetap kata dia betul. Sebabnya hanya kerana dia wanita. Aku kahwin baru 8 bulan. Cara korang judge aku macam anak aku dah berderet 10 dah. Macam aku tak dak kerja lain pulak kan.
Aku ni lelaki sejati… Malam pertama mesti la aku sentuh bini aku. Lagipun tu tanggungjawab aku. Tak kan la sehari kahwin terus benci tanpa sebab. Awal – awal kahwin walaupun tak selesa dengan sikap dia, tapi aku cuba untuk terima.. Cuba untuk sayang. Aku fikir masih baru. Masing – masing nak sesuai diri.
Aku sentiasa cuba bersabar dengan per4ngai dia. Tapi lama – lama memang aku muak dah.. Dah m4kin benci. Ikutkan tak boleh cerita semua ni. Tapi aku cerita jugak la. For the last. Selama hidup dengan dia, rasanya tak sampai 10 kali aku bersama dia.. Tu pun sebab dia kerap mintak dan sebab aku dah tak berjaya untuk tolak.
Asal dia rasa nak, ada la dia cakap baik – baik sikit. Whole day dia akan cakap manja – manja lentok – lentok ja. Kan aku kata, time dia nak tido dia akan diam. So masa tu la dia akan goda aku. Biasanya permulaan ayat dia,
‘Abang saya nak mintak maaf. Saya marah – marah sebab saya sayang. Saya memang susah mau berhenti leter. Tapi saya nak kita bahagia. Abang tolong maafkan saya, tolong bercakap dengan saya.. Saya sangat – sangat cintakan abang. Jangan diam’. Macam – macam lagi la..
Sambil cakap sambil dia menggoda. Yang dah kahwin mesti faham kan. Lagipun cara orang Indo ni lain. Dia memang pandai bab – bab tu. Sebelum kahwin mak dia dah train dah cara nak layan suami. Dia pernah cakap, adat depa, layan suami sampai suami tak mampu nak bayangkan perempuan lain. Biar sentiasa terkenang – kenang gitu.
Dari awal sampai finishing dia buat kerja. Kononnya sama – sama kerja. Macam bini aku pun, memang setiap masa kemas, bersih. Kalau bab – bab tu memang aku no komen la. Aku pun bukan orang tabligh nak kata baik sangat. Aku g3ng kilang. Yang kerja kilang mesti faham circle dia.
Tapi aku dengar – dengar macam tu ja la. Dari situ aku faham banyak perkara pasal hal batin – batin ni. Macam aku kata tadi, aku lelaki sejati. Bukan m4ti pucuk. Dah dia merayu – rayu mintak.. Mana ada kucing tolak ikan.
Kadang – kadang time aku tengah tido, hmmm h4ngpa faham – faham sendiri la. Tapi masa tu aku masih boleh tolak ansur dengan dia, sebab tu masih boleh on. Time tu rasa sayang ada jugak la sikit – sikit. Sebab dia rajin bagi bekal kan.. Masak pun sedap.
Tak tau la kot – kot dia mander4m sekali. Sebab tu ada rasa sayang kot. Tapi lepas – lepas tu aku memang m4kin tawar hati dengan dia dah. Aku dah tak tidoq kat bilik. Aku tidoq kat kusyen. Dia mintak pun aku sengaja baIas dengan s4kitkan hati dia supaya dia turn off.
Lepas tu kami akan g4duh, sebab dia s4kit hati dengan ayat aku. Mana nak fikir bersama dah. Tapi lepas dia kata dia mengandung, memang dia jarang minta dah. So aku pun dah tak ingat bila last aku buat dengan dia. So jangan la tuduh aku macam – macam.
Aku terp4ksa baIas sebab aku tak boleh terima orang tuduh aku giIa s3x. Ni nanti mesti akan ada yang fikir, kata layanan dia terbaik. Kalau berpisah, mesti aku nak benda tu. Sedangkan aku tak macam tu. So jangan tuduh aku macam tu.
Aku ada maruah. Rezeki anak Allah yang bagi. Kita bukan tau masa bila nak melekat. Ada benda kita boleh diam, lantak orang nak kata apa.. Ada benda kita kena defend diri kita. Sejak bapak dia tegur hari tu. Dia dah diam sikit dah. Dah kurang – kurang bebel. Kalau cakap pun elok – elok.
Tapi aku dah tawar hati.. Aku tau tu semua pura – pura ja. Still bab – bab duit ni dia dok tanya walaupun secara lembut. Aku memang nekad nak ceraikan dia lepas bapak dia balik. Ya la, ambik anak orang cara baik, hantar pun dengan cara baik la.
Semalam dia mesej, dia kata ada turun d4rah sikit. Dia mintak aku bawak pi kIinik. So aku pun balik half day bawak pi kIinik. Masa rawatan aku tunggu kat luar. Lepas tu doktor panggil masuk. Doktor cakap isteri mengandung jangan buat isteri str3ss. Nanti effect kandungan. Kena selalu bahagiakan isteri.
Aku dalam hati tau dah.. Mesti dia cerita macam – macam kat doktor. Mesti nak kata aku buat dia str3ss. Tak habis – habis nak maIukan aku. Tak pernah langsung nak jaga air muka suami. Tapi doktor kata kandungan ok ja.
Kadang – kadang awal kehamilan memang ada turun d4rah. Tapi sikit ja. Entah kenapa, aku terdetik dalam hati, kan bagus kalau dia gugur ja. Aku tau berd0sa aku fikir macam tu. Berd0sa sangat – sangat. Tapi aku tak mau ada apa – apa sangkut dengan perempuan ni lagi. Aku str3ss giIa dengan dia.
Aku tau, kalau baby ni lahir pun.. Still dia akan ik4t aku sampai aku papa kedana. Memang dasar mata sss. Kalau la boleh putar masa, rela bujang dari kahwin. Baru aku sedar. IC tak menggambarkan peribadi. Cuma lambang kerakyatan ja. Tapi tetap d4rah yang sama mengalir. Menyesal.. – Mi (Bukan nama sebenar)
BAca juga: Ibu buang bayi dalam tong sampah sebab tak mampu nak sara