Perasan tak setiap kali berlaku kes jenayah, ada sesetengah suspek atau individu yang dituduh membuat pengakuan untuk tidak mengaku bersalah?
Malah lebih ‘hairan’ lagi, individu itu boleh mengaku tidak bersalah sedangkan bukti secara visual; gambar atau video dan sebagainya sudah jelas, malah tersebar luas lagi di media sosial.
Daripada mata kasar kita sebagai orang awam, mungkin kita anggap individu tersebut sanggup bertindak seakan ‘lepas tangan’ akan jenayah yang dilakukannya. Tapi mengapa boleh berlaku sedemikian?
Kekeliruan ini telah pun dijawab oleh peguam jenayah, saudara Mufarwa Farid (gambar) dalam satu perkongsian di Facebook hari ini. Mari ikuti penjelasan ini.
Kenapa dia tak mengaku sedangkan siap ada bukti video dia bersalah?
Bila seseorang itu tak mengaku salah, bukanlah maksud dia menipu mahkamah.
Ia bermaksud, dia minta untok dibicarakan. Ayat ‘tak mengaku bersalah’ itu sebenarnya bermaksud ‘saya nak dibicarakan’.
Kalau tak mengaku bersalah, akan berlakulah proses perbicaraan yang makan masa berbulan-bulan.
Bila kes dibicarakan, dia ada peluang untok kurangkan hukuman. Dia ada peluang untok bela diri, supaya tidak dihukum dengan hukuman yang terlalu tinggi.
Berbanding dengan dia terus mengaku, biasanya hukuman terus dijatuhkan pada waktu itu juga. Peluang untok bela diri sangat-sangat terhad.
Hak tidak mengaku bersalah ini adalah hak semua orang.
Miskin ke, pertengahan ke, kaya ke, apabila dihadapkan di Mahkamah, mereka akan ditanya sama ada nak mengaku atau tidak.
Dalam pada masa yang sama, kebanyakan pesalah boleh bayar jamin untok keluar sementara menunggu hari-hari perbicaraan seterusnya. Ada kesalahan yang boleh jamin, ada yang tak boleh.
Hanya orang yang ditangkap di bawah SOSMA, ISA dan POCA sahaja tidak mendapat hak ini.
Baca: Pemandu ambulans, nurse kena tangkap basah, akui dah 10 kali bersama