Peluang kedua buat Hafidz Roshdi

Pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya kembali berlakon selepas setahun tidak mendapat tawaran dan namanya tidak diluluskan pihak televisyen untuk berlakon.

Menurut laporan Oh! Bulan, Hafidz juga akui agak mencabar untuk dirinya tidak berlakon dalam tempoh yang agak lama itu dan terpaksa bekerja sebagai penghantar barang untuk teruskan kehidupan ketika ditemu bual.

Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang seperti proses ‘healing’ untuk saya selepas lapan tahun tak berehat sejak jadi pelakon.

Peluang kedua buat Hafidz Roshdi

Ia macam satu terapi kerana dapat berjumpa dengan ramai orang. Bila mereka nak bergambar, saya rasa seperti membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021.

Bukan tu jer, Hafidz juga berkata yang dirinya tetap reda dengan rezeki Allah SWT selepas namanya tidak diluluskan untuk berlakon sebelum ini.

Saya hanya pasrah. Saya tak pernah pun bertanya pada produksi sebaliknya anggap tak ada rezeki. Memang ketika itu kehidupan saya agak mencabar.

Hafidz juga bersyukur selepas diberi peluang lagi untuk dirinya kembali berlakon dan mendedahkan yang dia kini sedang menjalani penggambaran drama Bawah Payung Awan.

Alhamdulillah Allah seolah-olah memberikan peluang kedua apabila baru-baru ini saya kembali menerima tawaran lakonan.

Saya berharap ini akan menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan.

Kredit: Oh! Bulan

Baca : “Impian ayah saya nak meninggal dunia di Makkah termakbul”