Peluk Kakak Ipar jadi isu orang tibai Syafie Naswip

Adik kepada Syafie Naswip, Sapawi Johnson, memohon maaf atas tindakannya memeluk isteri pelakon tersebut semasa majlis pernikahan pada 23 Disember yang lalu.

Sapawi menjelaskan kesedaran terhadap kesilapannya yang menimbulkan rasa kurang senang dalam masyarakat.

“Dalam video saya memeluk kakak ipar, saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang kurang senang, dan saya mengakui kesalahan saya dalam hal hukum hakam.

Peluk Kakak Ipar jadi isu orang tibai Syafie Naswip

Tolong hentikan pertengkaran di antara semua, dan saya sudah mengakui kesilapan saya,” katanya.

Sapawi berkongsi permohonan maaf ini melalui akaun Instagramnya yang menunjukkan potongan video dia memeluk Syafie selepas majlis pernikahan aktor tersebut.

Melalui hantaran yang sama, Sapawi turut meminta maaf kepada abang dan kakak iparnya, Nur Afiqah Ishak, atas keterlanjurannya.

Dia berharap agar perkara ini tidak diperbesarkan selepas permohonan maaf dibuat, dan dia bersedia menerima setiap komen dan teguran dengan lapang dada.

“Terima kasih kepada yang menegur, ada yang memberi kata-kata yang kurang manis untuk dibaca, tetapi saya mengakui kesilapan datang dari saya sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Sapawi berkongsi video dia memeluk Nur Afiqah selepas majlis pernikahan.

Namun, tindakan tersebut mendapat kritikan daripada netizen yang berpendapat tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka bukan mahram.

Baca Juga : Tips mudah buat sos bawang putih terlajak lazat, sedap dan padu