Tatkala mendirikan perkahwinan, setiap orang pastinya mahu hubungan itu berkekalan sepanjang hayat. Pun begitu, kehadiran orang ketiga nyatanya mampu memberikan dugaan yang cukup hebat. Lebih terkilan lagi sekiranya perselingkuhan itu berlarutan sampai ke tahap melakukan hubungan badan terlarang.
Suami sudah lama mengesyaki perubahan sikap isteri
Pahit untuk ditelan, namun begitulah ujian berat yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki ini. Satu hari ketika pulang dari kerja, dia merasa pelik kerana isterinya masih belum tiba di rumah. Sudah lama mempunyai firasat kurang enak mengenai perubahan sikap si isteri sejak beberapa bulan yang lalu, dia nekad mengelilingi kota tempat tinggal mereka untuk mencari keberadaan wanita itu.
Jururawat & Pemandu Ambulans Ditangkap Basah Di Hotel, Sudah 10 Kali ‘Bersama’
Isteri berusia 33 tahun, pemandu ambulans berusia 22 tahun
Akhirnya menjelang larut malam, dia ternampak kereta isterinya diparkir di hadapan sebuah hotel. Setelah membuat pengesahan di kaunter pusat penginapan tersebut, benarlah isterinya sedang berdua-duannya dengan seorang lelaki. Difahamkan, wanita tersebut bertugas sebagai jururawat manakala selingkuhannya adalah seorang pemandu ambulans yang juga bekerja di pusat kesihatan sama.
Jururawat & Pemandu Ambulans Ditangkap Basah Di Hotel, Sudah 10 Kali ‘Bersama’
Kedua-duanya bakal dikenakan tindakan tatatertib
Dengan bantuan pihak polis, si suami berjaya menerjah masuk ke dalam bilik hotel mereka berdua. Alangkah hiba rasa hati, jururawat berkenaan ditemui tanpa seurat benang dan pemandu ambulans tersebut hanya membaluti tubuhnya dengan selimut. Rupanya, mereka berdua sudah berskandal sejak awal tahun ini dan pernah melakukan hubungan badan sebanyak 10 kali berturut-turut. Rundingan damai dengan si suami gagal dicapai, maka kedua-duanya dipercayai akan berdepan dengan ancaman penjara serta bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berautoriti tempat kerja mereka.
Baca : Kerajaan Arab Saudi buka tempat yang dilaknat nabi sebagai tempat pelancongan