Pemandu Grab bagi ‘free ride’ kepada wanita ini, sekali ini yang jadi lepas sebulan..

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Pemandu Grab bagi ‘free ride’ kepada wanita ini, sekali ini yang jadi lepas sebulan.. grab food grab promo code grab car grab customer service grab malaysia grab driver grab food rider grab express[/bg_collapse]

 

Siapa sangka, tindakan seorang pemandu Grab menghantar seorang penumpang tanpa mengambil sebarang bayaran sebulan yang lalu, dibalas kembali dengan ganjaran sebagai menghargai kebaikannya.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Berkongsi cerita dengan mStar, pemandu syarikat e-hailing itu yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrin berkata, dia hanya mengetahui mengenai ‘ganjaran’ tersebut selepas dimaklumkan isterinya, Nurul Hidayah Abdul Rahman.

Pemandu Grab bagi 'free ride' kepada wanita ini, sekali ini yang jadi lepas sebulan.. grab food grab promo code grab car grab customer service grab malaysia grab driver grab food rider grab express

” Beberapa hari lalu, isteri yang bekerja sebagai jururawat di H0spital Sultan Ismail bawa kereta ke tempat kerjanya. Masa dah habis waktu bekerja, dia pun pergi ke parking dan hidupkan enjin.

” Tak semena-mena terlihat dekat wiper macam ada benda terselit. Dia pun keluar untuk ambil sampul plastik yang terselit tu. Rupa-rupanya sepucuk surat yang ditulis mengucapkan terima kasih.

” Ia ditulis oleh sepupu kepada individu yang saya tumpangkan. Mungkin individu tu ada bercerita kepada ahli keluarganya.

” Saya hairan juga sebab tak pernah beri nombor telefon atau maklumat lain. Tapi mungkin dia cam nombor pendaftaran,” katanya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya, selain sepucuk surat, individu itu turut menlnggalkan wang tunai sebagai menghargai pertolongannya tempoh hari

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh isteri Shahrin mengenai ‘surat misteri’ itu di aplikasi TikT0k meraih melebihi 190,000 tontonan.

Menurut bapa kepada dua anak berusia 30 tahun ini, dia sama sekali tidak menyangka akan menerima ‘ganjaran’ memandangkan insiden tersebut berlaku kira-kira sebulan yang lalu.

Mengimbas kembali kisah tersebut, Shahrin berkata ketika itu dia baru memulakan kerja di sebelah petang dan individu berkenaan adalah penumpang pertamanya.

” Saya biasa buat e-hailing sebelah petang. Sebelah pagi saya jadi rider penghantar makanan. Nak dipendekkan cerita, saya dapat pelanggan pertama iaitu penumpang wanita dan perlu menjemputnya di H0spital Penawar, Pasir Gudang. Penumpang itu mahu ke Taman Air Biru.

” Apabila sampai di destinasi, tambang yang perlu dibayar RM5.00 tapi akak tu tak ada duit kecil. Dia ada RM50 kalau saya tak silap. Saya pula tak ada duit kecil untuk dipulangkan wang baki sebab itu pelanggan pertama.

” Jadi saya pun beritahu tak mengapa, saya halalkan dan ikhlas. Dia serba salah. Saya kata akak doakan saja rezeki saya dan keluarga murah. Dia pun ucapkan berbanyak terima kasih. Saya pun berlalu dan tak fikir apa-apa dah.

” Tak sangka pun dia masih ingat dan mahu balas apa yang saya buat dulu. Nilai wang yang dia sertakan dalam sampul tu, biarlah saya rahsiakan nilainya,” ujarnya.

Antara komen netizen terhadap perkongsian video tersebut di TikTok.

Malah menurut Shahrin, dia juga langsung tidak tahu menahu perkara tersebut menjadi tular selepas dimuat naik oleh isterinya di TikT0k.

” Saya tak tengok sangat TikT0k dia… syukurlah apabila orang komen baik-baik dan mendoakan untuk kami. Apa yang boleh saya katakan, buatlah sesuatu dengan ikhlas.

” Tolong menolong kan tanggungjawab bersama. Sekarang hari orang lain dalam kesvsahan, mana tahu esok lusa hari kita pula. Saya yakin, jika pemandu lain pun mesti mereka akan melakukan perkara yang sama,” katanya lagi.

Tonton:

Baca:

Merengek minta susu, bayi dibelasah ibu sendiri akhirnya meninggal dunia

Doktor sahkan anak ke-7 Faizal Tahir yang baru lahir ‘down Syndrome’

Mengaku untuk puaskan nafsu, gelas kaca ditemui dalam pundi kencing gadis
[/bg_collapse]