Selepas melakukan tindakan kasar ketika mengusir seorang penumpang wanita dari teksinya, seorang pemandu teksi menjadi tular dalam media.
Dalam video yang menjadi viral, pelaku terlihat menarik tangan penumpang warga asing tersebut, memaksa wanita itu keluar dari teksinya di stesen minyak Bang Chak, Phuket, Thailand.
Insiden ini bermula ketika penumpang warga asing tersebut meminta pemandu teksi untuk menutup pendingin hawa kerana dia ingin membuka tingkap.
Namun, tindakan kasar berlaku apabila wanita tersebut menendang pintu teksi kerana pemandu memutarkan pendingin hawa ke arahnya disebabkan cuaca panas.
Kedua-dua individu ini kemudiannya membuat laporan polis susulan dari pertelingkahan yang berlaku di stesen minyak tersebut.
Walau bagaimanapun, kes tersebut berjaya diselesaikan apabila pemandu teksi mengambil inisiatif untuk memohon maaf dan menghantar wanita itu pulang ke hotelnya.
Baca Juga : Akhirnya, Malaysia diiktiraf dan dinobat sebagai negara paling aman dan makmur