Pembubaran DUN Sabah diwarta secara rasmi

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Safar Untong hari ini menyiarkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai 2020.

Warta itu memaklumkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Sabah ke-15 mengikut Fasal (2) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah.

Warta itu turut ditandatangani oleh Mohor Besar KerajaanNegeri di Kota Kinabalu dengan perintah TYT Negeri Sabah pada tarikh yang sama.

Ini ekoran pergolakan politik di negeri Sabah membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Pada Khamis, Shafie yang merupakan ADUN Senallang telah mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perakuan daripada TYT pada malam Rabu.

Satu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Berita penuh :  http://www.astroawani.com/berita-politik/warta-kerajaan-negeri-sabah-pembubaran-dun-253378

COMMENTS

Wordpress (0)