Pemilik rumah ini menangis tahu ‘penyewa dari syurga’ nak pindah keluar

Pemilik rumah ini menangis tahu ‘penyewa dari syurga’ nak pindah keluar rumah selangorku rumah doa keluar rumah cat rumah pagar rumah rumah idaman rumah mesra rakyat rumah sewa

 

Lazimnya kita membaca perkongsian di media sosial yang mana tuan rumah meluahkan rasa geram dan kecewa berdepan dengan individu yang digelar ‘penyewa dari neraka’.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor pediatrik mengenai bapanya yang merupakan seorang ejen hartanah, benar-benar menjentik perasaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi kisah yang diceritakan bapanya mengenai seorang tuan rumah sewa dengan penyewanya.

“Dah hampir 25 tahun ayah jadi ejen hartanah. Sampai ke hari ni ayah masih bekerja, cuma lebih santai. Buat sekadar mengisi masa, buat sebab minat.

“Ayah pun mulakan cerita. Semalam ada seorang pemilik rumah minta ayah pergi ke rumah sewanya. Dia kata penyewa nak keluar dari rumah.

“Sempat pemilik rumah tu pesan pada ayah saya, ‘nanti kalau jumpa dia, tol0ng cakap baik-baik dengan dia. Dia dah 20 tahun sewa rumah saya tu’.

Pemilik rumah ini menangis tahu 'penyewa dari syurga' nak pindah keluar

Penyewa berkenaan sudah 20 tahun menetap di flat berkenaan. Gambar hiasan.

“Terkejut ayah. Rupanya dia dah menyewa flat tu sejak umur 18 tahun. Dari bujang sampai dah beranak pinak. Dia budak bagus, bayar sewa elok. Rumah pun dia jaga elok. Ayah mengangguk,” tulis doktor tersebut.

Tiba hari yang dijanjikan, bapa d0ktor tersebut mengunjung1 rumah sewa tersebut namun ia sudah tidak berpenghuni.

“Bila ayah hubungi penyewa, dia kata dia dah balik ke kampung. Kunci rumah dia sor0kkan bawah karpet tepi pintu. Ayah masuk rumah dan tengok semua barang masih ada lagi.

“Peti sejuk, meja, mes1n basuh, perab0t semuanya terletak elok. Encik, barang encik semua ada kat sini…

Pemilik rumah ini menangis tahu 'penyewa dari syurga' nak pindah keluar

Kisah menyentuh hati itu dikongsikan Dr Redza menerusi satu hantaran di Facebook.

“Belum sempat ayah saya habis cakap, penyewa tu kata yang dia memang biarkan semuanya di situ.Saya sebenarnya tak mampu nak sewa lori untuk pindah rumah. Saya baru kena buang kerja.

“Waktu saya dengar, badan terasa sejuk. Hati ada bermacam rasa. Sed1hnya alahai,” cerita doktor yang bertugas di Hospital Muar itu.

Menurut Dr Redza, bapanya kemudian menghbungi pemilik rumah sewa dan menceritakan segala perbualannya dengan penyewa berkenaan.

Tanpa diduga, reaksi pemilik tersebut benar-benar membuatkan bapanya terkes1ma dan kagum dengan sikap lelaki berkenaan.

“Waktu ayah ceritakan tu, pemilik rumah tu menangi1s. Zainal, you tau tak dia ni s3wa rumah saya sampai habis loan rumah saya. Dialah yang tol0ng bayarkan rumah saya ni sebenarnya. Sekarang, saya nak dia duduk rumah tu percuma. Selama mana yang dia nak.

“Bukan tu je, apa-apa ker0sakan pada rumah tu, dia (pemilik) akan baiki secara percuma. Ayah kata, bukan peny3wa je yang baik, pemilik rumah tu pun baik. Selama 20 tahun, dia tak pernah naikkan langsung sewa rumah tu. Saya terkedu.

Pemilik rumah ini menangis tahu 'penyewa dari syurga' nak pindah keluar rumah selangorku rumah doa keluar rumah cat rumah pagar rumah rumah idaman rumah mesra rakyat rumah sewa

Dr Redza sering berk0ngsi mengenai isu kesihatan knak-knak dan isu semasa di Facebook.

“Ini satu dari ribuan cerita rakyat Malaysia sekarang. Ada yang rajin bekerja tapi dibuang kerja. Ada yang kerja tak kira masa tapi masih tak cukup duit nak beli makanan untuk anak.

“Menyewa tapi jaga rumah orang lain macam harta kita sendiri, itu perbuatan mulia. Kebaikan itu akan dibalas tak di dunia, pasti dibalas di akhir at,” tulisnya lagi.

Sehingga kini p0sting menyntuh hati itu meraih sehingga 731 perkongsian di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen netiizen yang turut sama terkesan dengan kisah berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

Tonton:

Baca:

Cikgu ini selamatkan pelajar harapan sekolah dari terus dicabul ayah tiri sendiri

Orang cina lebih kaya dari orang melayu, ini rupanya fakta sebenar…

Individu sihir Ustaz Kazim Elias akhirnya datang minta maaf

COMMENTS

Wordpress (0)