Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario. Selepas bertanding di pentas Gegar Vaganza 8, kemunculan Yassin Yahya dan Saiful Apek melalui kumpulan Sa.Ya menjadi bualan ramai .

Mampu bertahan sehingga mingu kelapan, pertandingan nyanyian itu menaikkan kembali nama kedua-dua ahli kumpulan Senario itu.

Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Baca Juga : Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam

Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok sebuah video yang memaparkan kemunculan Yassin bersama seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dipercayai isteri dan anaknya.

Tanpa disangka-sangka dua insan istimewa dalam hidup pelawak itu turut terkena tempias viral.

Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Warda Waheeda memaparkan Yassin muncul seketika bersama Farah Waheeda dan anak mereka bernama Warda.

Setakat ini, video berkenaan meraih 1.5 juta tontonan dan 64,000 tanda suka.

Baca Juga : Pasangan dicekup buat ‘maksiat’ dalam air

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak menangka selebriti berumur 44 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak yang comel.

Kata mereka:

– “Pertama kali lihat keluarga Yassin.”

– “Baru tahu Yassin sudah berkahwin dan mempunyai anak.”

– “Lawa isteri Yassin, anaknya pun comel.”

– “Manisnya isteri dan anak Yassin. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.”

@puteriwarda17 part2 bapaknya masuk #yassinsenariounion #mybabygirl #anakmamababa #sukasuka #fyp #gegarvaganza2021 ♬ Dj BonBon Remix – || •

Terdahulu, Yassin menganggotai kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak terkenal di Malaysia pada waktu dahulu.

Dia bagaimanapun terpaksa mengundurkan diri pada 10 Julai 2002 selepas kontraknya tamat.

Bakat pelawak ini bukan calang-calang. Yassin dicalonkan sebanyak lima kali bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario

Bakatnya dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1999.

Baca juga : Lapisan ais ketiga terbesar hilang di Antartika, dunia makin terancam
Siti Nordiana kantoi beli baju kawin, pengantin lelaki Shuib?
1 Malaysia kena tipu, varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )