Pemuda kongsi 18 tips mudah untuk persiapan ke umrah, jom baca

Pemuda kongsi 18 tips mudah untuk persiapan ke umrah, jom baca. Semua Umat Islam ingin menunaikan umrah.

Zaman sekarang sudah ramai yang mengetahui tentang pakej-pakej yang ditawarkan untuk menunaikan ibadah tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap hala tuju kita hendaklah dirancang terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan dan juga segala persiapan perlu dititikberatkan walaupun sekecil-kecil perkara.

Pemuda kongsi 19 tips mudah untuk persiapan ke umrah, jom baca
#image_title

Seorang pengguna twitter, @ardnie ada memberikan sedikit tips-tips mudah untuk dijadikan sebagai salah satu panduan ketika mengerjakan ibadah umrah.

1. Dah tau tarikh untuk anda pergi mengerjakan umrah, menjaga solat Fardhu.

2. Betulkan niat (Tajdid). Pergi untuk mengerjakan ibadah, bukan untuk membeli-belah atau berjalan-jalan.

3. Jaga tingkah laku dari awal lagi. Jangan sombong, komplen sana-sini, secara asasnya buangkan atau tahan sehabis baik kesemua sifat-sifat negatif.

4. Beli sabun yang tiada bau. Ada jual kat kedai kelengkapan umrah/haji. Kat KL ada beberapa, salah satunya kat Sunway Putra Mall depan PWTC. Umrah boleh buat 2-3 kali atau lebih. Kalau nak buat badal umrah untuk ahli keluarga/saudara/rakan yang dah meninggal dunia, perlu kenalpasti awal-awal siapa orangnya. Tetapi lebuh utama untuk mengerjakan umrah untuk diri sendiri dahulu.

5. Tukar duit riyal untuk membeli makanan atau membasuh baju sahaja (terutamanya kain ihram untuk lelaki). Kalau nak membeli-belah barangan mahal seperti minyak wangi oud, pakai kad sahaja. Lebih selamat. Sedekah? Terpulang.

6. Mindset paling penting. Jaga adab & ingat, nak datang Baitullah & rumah Nabi S.A.W

6. Adab – jemaah negara lain akan kasar sikit tak kira jantina. Tolak-tolak, lalu hadapan orang yang sedang mendirikan solat dan sebagainya. Anda JANGAN buat semua tu. Biarkan org lain nak buat, tapi kita jangan buat. Nak masuk Raudah, Hijir Ismail, cium Hajarul Aswad & pegi ke Multazam akan senang kalau jaga adab dari awal-awal lagi.

7. Di kedua-dua Masjid Nabawi & Masjidil Haram, kalau selalu sorang-sorang, kadang-kadang jemaah negara lain akan datang dan berbual dengan macam-macam cerita, akhirnya minta tolong (duit) dengan kita. Ada yang minta ikhlas. Ada yang beritahu jumlah yang dikehendaki. Nak beri, terpulang, taknak beri, tolak dengan berhemah.

7.1 Cakap, i’m sorry i cant help you but i pray that Allah will help you in your difficulties, brother/sister.

8. Orang akan ramai nak masuk Raudah kat Masjid Nabawi. Lelaki senang nak masuk situ. Cari pintu Abu Bakar & tunggu dalam kawasan situ bila nak dekat waktu solat.

8.1 Bila nak dekat azan, mereka akan buka area Raudah. JANGAN lari macam orang lain. Jalan dengan cermat. Doa supaya dapat masuk, insyaallah akan dapat. Ingat, area situ depan Makam Rasulullah. Nabi tak suka orang yang gopoh-gopoh nak pergi solat. Bayangkan Baginda boleh tengok perangai kita.

8.2 Kalau dapat saf untuk solat dalam Raudah, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, cuba lagi. Kalau dapat masuk tapi tak dapat solat sebab sesak, takpa. Doa je pun dah cukup. Kalau nak masuk juga, ada kawasan beratur untuk masuk sana diluar waktu awal solat. U’ll know it once u’re there.

8.3 Kalau dapat solat dlm Raudah, doa panjang-panjang masa sujud terakhir sebelum tahiyat akhir. Jangan doa selepas solat macam biasa kita buat. Confirm kena halau dengan polis penjaga. Nak solat lagi? Berganjak ke saf depan dalam kawasan karpet hijau tu & ulang langkah ini seberapa banyak kali yang boleh.

9. Air zam-zam ada banyak kat dua-dua Masjid, jangan la bazirkan sebab air tu percuma. Lagi sekali, jaga adab.

10. Makanan & minuman disediakan semasa umrah di sana tak sedap & tak kena selera? Diam saja. Redha je. Memang ada kes org komplen awal-awal, sampai balik, tiap dia makan rasa tak sedap.

11. Tak suka, jangan makan & jangan kutuk makanan/minuman tu. Beli kat luar yang kena dengan selera. Portion boleh tahan banyak. Orang arab kan memang jenis makan banyak.

12. Tiap kali lepas solat fardu akan ada solat jenazah. Jangan tinggal solat ni. Pahala besar. Rugi tak buat.

12.1 Nak solat sunat lepas solat fardhu? Buat lepas solat jenazah.

BACA JUGA:

600 billion angka sinonim di kalangan penggiat politik, semakin terungkai sedikit demi sedikit

Ewon, Menteri yang menang 14,410 majoriti di Penampang, kongsi pandangan politik beliau

Rakyat Sabah mungkin tidak tahu, perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah