Pendakwah terkenal sekolahkan pengerusi kem tahfiz isu ustaz rogol remaja 14 tahun

Pendakwah terkenal sekolahkan pengerusi kem tahfiz isu ustaz rogol remaja 14 tahun. Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan kenyataan seorang pengerusi kem tahfiz berhubung kes dakwaan rogol membabitkan seorang penceramah dengan remaja bawah umur sebagai teramat mendukacitakan.

Beliau mempersoalkan bagaimana individu dikenali sebagai Ezzat itu tergamak menjadikan kes rogol remaja berusia 14 tahun sebagai bahan jenaka.

Terdahulu, Ezzat berkata seorang penceramah yang ditulisnya sebagai “Ustaz F&N” ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berusia 14 tahun.

Pendakwah terkenal sekolahkan pengerusi kem tahfiz isu ustaz rogol remaja 14 tahun

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya?

“Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya disertai emoji jelir lidah.

Sehubungan itu, Firdaus Wong menegaskan bahawa apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka.

“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?

“Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatah lagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

“Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong mengingatkan bahawa ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam jika tidak boleh bersimpati kepada mangsa.

BACA LAGI :

Merungut kos hidup tinggi, tapi tiket konsert habis dalam sejam – Prof

Pelik tapi benar, mangsa kemalangan maut tersepit tayar dan bumper kereta

Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Pendakwah terkenal sekolahkan pengerusi kem tahfiz isu ustaz rogol remaja 14 tahun […]