Penduduk risau, buaya muncul semula selepas 10 tahun di pantai kampung ini

Penduduk risau, buaya muncul semula selepas 10 tahun di pantai kampung ini. Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menggemparkan kumpulan nelayan di Pantai Kampung Tengah, Kijal di sini hari ini.

Wan Zuhairi Wan Nordin, 32, berkata, haiwan liar itu dikesan ketika mereka keluar memukat ikan kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, kemunculan buaya bukan perkara baharu bagi kalangan nelayan di situ dan kali terakhir ditemukan kira-kira 10 tahun lalu.

“Sudah lama tiada buaya berenang di sini dan kami bimbang keselamatan penduduk serta pengunjung yang mandi di pantai.

Penduduk risau, buaya muncul semula selepas 10 tahun di pantai kampung ini

“Hal itu kerana, lokasi penemuan haiwan itu hanya kira-kira 100 meter dari pantai yang menjadi tempat orang ramai beriadah,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi tular di laman Facebook hingga mencetuskan kerisauan warganet terutama pengunjung yang sering ke pantai berkenaan.

BACA:

Netizen kutuk Caprice, buat konten tiktok dalam tandas hingga ternampak sesuatu

Penyanyi popular ini sanggup murtad, semata-mata mahu harta warisan