Penganjur Sotong Ride, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mahu ambil tindakan tegas. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mahu tindakan tegas diambil terhadap penganjur tapak pesta ria di Puncak Alam yang beroperasi secara haram dan menyebabkan tiga manga cedera selepas tercampak dari satu permainan pada Ahad lalu.
Nga berkata, yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor mengesahkan penganjur tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pesta ria itu.
“Tindakan tegas boleh diambil kepada pihak penganjur yang tidak dapat sebarang kebenaran atau tanpa lesen mengikut undang-undang,” katanya pada pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Presint 7, pada Rabu.
Nga juga berharap tidak akan ada lagi pihak menganjurkan ‘fun fair’ tanpa permit yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas ini.
Ekoran dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari “Sotong Ride” di tapak pesta ria di Puncak Alam, polis akan menyiasat mengikut Seksyen 6 Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.
Sementara itu, ketika mengulas cadangan bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan Zuraida Kamaruddin mengenai undang-undang bagi mengatasi diskriminasi kaum di pasaran hartanah, Nga berkata kementerian akan mengkaji semua cadangan.
Mengenai persediaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdepan banjir, Nga memberitahu seramai 14,986 anggota sedia untuk dikerahkan.
Tambahnya, 5,235 titik panas banjir juga dikesan di seluruh negara.
Terdahulu, jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran monsun timur laut menyebabkan hujan lebat berterusan selama empat hari dari 17 Dis di pantai timur, Semenanjung Malaysia.
Dalam laporan berasingan dalam The Star, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Helmi Abdullah berkata, cuaca hujan dijangka hingga awal tahun depan akibat monsun dan kitaran La Nina.
BACA JUGA:
Lelaki berdepan penjara 40 tahun dan 32 sebatan, merogol anak buah yang seorang OKU
Puteri Reformasi, Nurul Izzah beri ucapan syahdu buat ayah tercinta PMX
LRA dan empangan untuk atasi masalah air Putatan sedang dikaji, jelas MP dan JANS