Pengantin kena simbah cat merah atas pelamin, perkahwinan tak dapat restu

TARAF kehidupan dan status sesebuah keluarga sering menjadi penghalang utama dalam hubungan percintaan sesetengah individu.

Perkara sama dialami pasangan muda ini apabila hubungan mereka telah dihalang oleh keluarga si lelaki.

Bukan itu sahaja, ibu lelaki tersebut turut mengupah tiga orang samseng untuk membuat kacau di majlis perkahwinan selepas kedua-dua mereka enggan memutuskan hubungan.

Pengantin kena simbah cat merah atas pelamin, perkahwinan tak dapat restu

Kejadian yang berlaku di Mexico itu menjadi tular berikutan baju pengantin perempuan dipenuhi cat merah.

Memetik laporan Oddity Central, kejadian tersebut berlaku pada 17 Februari lalu di bandar Ciudad Obregón, Wilayah Sonora Mexico.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tetap meneruskan acara perkahwinan mereka tanpa menghiraukan gangguan berterusan daripada keluarga pengantin lelaki.

Difahamkan, keluarga pengantin lelaki memiliki perniagaan rumah pengebumian yang menguntungkan dan telah menentang penyatuannya dengan seorang wanita yang mereka anggap berstatus rendah.

Malah mereka menganggap pengantin perempuan berkahwin demi mendapatkan faedah kewangan.

Baca juga: Ada cara rupanya nak elak duit RM200 kena tolak semasa isi minyak guna kad debit