Selama menjadi pengarah muzik, Chaan berkongsi pandangan peribadi tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara, menerusi temu bual bersama Maskulin.
Chaan menyatakan penghargaan yang sangat tinggi terhadap Siti Nurhaliza dan menyatakan bahawa sikap rendah diri Tok Ti ini tidak pernah berubah sejak dahulu lagi hingga ke hari ini.
Menurut Chaan, meskipun Siti Nurhaliza merupakan penyanyi paling berjaya, sikapnya yang rendah hati dan merendah diri tetap tidak berubah.
“Saya sangat menghormati Datuk Seri Siti Nurhaliza sampai sekarang. Dia tak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang. Saya tak tahu dengan orang lain macam mana. Dia layan saya ni macam dia tak tahu apa. Padahal dia Tok Ti dan dia penyanyi nombor satu. Tapi saya dah kenal dia, tak ada la malu sangat. Aduh baiknya dia.”
Chaan juga menceritakan pengalamannya bekerjasama dengan Siti Nurhaliza untuk album “Sitism”. Dia mengakui bahawa Siti Nurhaliza sangat baik dan berusaha membuatnya berasa selesa.
“Hari itu, Alhamdulillah saya dapat peluang bekerja dengannya untuk album Sitism. Dia sangat baik. Saya tahu dia cuba untuk bagi kita rasa selesa dengan dia. Dia buat macam ‘Chaan, betul ke Siti menyanyi ni?’. Takkan nak tanya macam tu kan. Saya mesti jawab betul, tapi kalau yang tak betul saya bagitahu.”
Chaan juga menyatakan bahawa dalam pengalaman bekerjasama dengan banyak artis, Siti Nurhaliza adalah penyanyi yang paling rendah hati.
Dia mengungkapkan bahawa Siti Nurhaliza sering bertanya tentang masa dan kesiapan untuk bekerja bersama, dan dia menganggap Siti sebagai artis yang sangat bersikap ‘humble’.
“Saya dah bekerja dengan banyak artis, tapi saya rasa dia paling humble. Katakanlah kita ada job hari Ahad, soalan pertama dia hari Sabtu ada tak masa untuk Siti? Sekurangnya 2 hingga 3 jam.
Katakalanh show GV, dia jadi penyanyi jemputan, tapi dia akan tanya ada slot untuk dia tak. Kalau artis lain tak ada tanya macam tu. Dia yang nak rehearsal. Dia kata kena ada sebab show ni besar, kena praktis. Dia akan tanya ada studio tak.”
Baca Juga : Mak Jah tak larat dah, tak boleh buat job dah