Pengetua bersyukur Shafie umum peruntukan RM500 ribu untuk sekolah

Ketika dimaklumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan datang meninjau prosedur operasi standard SOP) pembukaan sekolah, tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama segera melakukan persediaan.

Selain memastikan keadaan sekolah mematuhi SOP, Pengetuanya, Datin Hasnah Mohd. Yakob berkata, beliau menyimpan hasrat menyampaikan masalah sekolah kepada Ketua Menteri iaitu keperluan dewan terbuka untuk pelajar tahfiz dan naik taraf jalan dalam sekolah untuk kegunaan harian pelajar.

Hasnah berkata, dia berasa gembira dan tidak menyangka sama sekali Mohd. Shafie akan mengumumkan kelulusan segera peruntukan yang bernilai RM500,000 untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kami semua amat bersyukur, guru-guru sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta alumni sekolah amat gembira kerana Ketua Menteri luluskan.

“Ini pertama kali Ketua Menteri datang ke sekolah kami, beliau segera tunaikan permintaan perbaiki infrastruktur sekolah,” katanya ketika dihubungi Borneo Today hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shafie hadir ke sekolah itu pada pukul 8 pagi ini untuk meninjau SOP sekolah, namun seperti tempat-tempat lain yang dikunjungi beliau, Ketua Menteri selalu meninggalkan buah tangan untuk menggembirakan rakyat.

Kali ini, Mohd. Shafie memastikan dewan terbuka bernilai RM300,000 dibina di sekolah itu untuk kegunaan pelajar tahfiz dan jalan di situ di naik taraf dengan peruntukan RM200,000.

Hasnah berkata, dewan yang dinamakan Dewan Halaqah Terbuka itu akan memanfaatkan 538 pelajarnya.

“Dewan itu sebenarnya masih dalam perancangan untuk dibina, kebetulan Ketua Menteri datang kami sampaikan dan beliau melihat ada keperluan untuk dibina, malah tapak juga sudah ada.

Berita penuh : https://www.borneotoday.net/terima-kasih-ketua-menteri-luluskan-rm500000-untuk-sekolah-kami/