Peniaga OKU guna satu tangan je kopek durian, “kita yang sempurna pun berkicap nak buka..”

“Subhanallah, saya yang ada dua tangan ini pun seksa nak kopek durian, tapi senang sahaja tengok abang ni buat,”

Itulah kata seorang pengguna di sebuah video tular di laman TikTok @muhammadhelmi75 baru-baru ini yang memaparkan usaha seorang lelaki juga merupakan orang kurang upaya (OKU) mengopek durian ketika meniaga di gerai miliknya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa tersentuh hati melihat usaha serta ketekunan lelaki berkenaan ketika berniaga.

Peniaga OKU guna satu tangan je kopek durian, "kita yang sempurna pun berkicap nak buka.."

Ada yang berkata, usaha serta kecekalan pemuda tersebut mencari rezeki halal buat keluarga pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan rezeki yang berlipat kali ganda.

Difahamkan, gerai menjual durian tersebut terletak di Tanjung Malim, Perak.

Namun, ada juga netizen yang menyuarakan kerisauan masing-masing tentang cara lelaki tersebut mengopek durian.

“Tak sakit ke bang kepit durian tu kat celah kaki?” Kata @Ctmai Nursery.

Menjawab komen tersebut, @muhammadhelmi75 berkata mereka sudah biasa mengopek durian. Malah, tindakan mengepit buah tersebut menggunakan kaki juga tidak mendatangkan sebarang kesakitan.

“Lebih sakit kalau tidak bekerja,” jawabnya.

Tangkap layar seorang lelaki mengopek durian dalam sebuah video tular di laman tiktok baru-baru ini.

Dalam pada itu, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk mendoakan agar bisnes lelaki tersebut maju jaya.

“Saya pernah beli durian di sini, memang puas hati. Abang ni pun friendly. Semoga murah rezeki selalu ya bang,” kata @celorenglusuh4342.

“Semoga dimurahkan rezeki saudara penjual durian,” kata @nonene.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 51,300 likes dan 1,774 komen.

Baca : Bank Negara beku wang tunai, emas milik XFOX