PENTING! Bimbang Dirakam Dalam Hotel Atau Tandas Awam? Ini Cara Mudah Detect ‘Hidden Camera’ Yang Ramai Tak Tahu

Oleh Admin 01

Risau diintip dalam bilik hotel atau tandas awam? Ini cara mudah detect hidden camera yang ramai nak tahu

Jikalau menginap di hotel mahupun mengunjungi tandas awam,

Pastinya wujud rasa risau dalam hati terutamanya kaum wanita kerana takut ‘diintip’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Risau diintip dalam bilik hotel atau tandas awam? Ini cara mudah detect hidden camera yang ramai nak tahu
Sering kita dengar kamera tertutup ataupun CCTV dipasang di ruang tersembunyi dan tidak dapat dikesan oleh orang awam.

Dalam satu perkongsian individu ini di Twitter, anda sebenarnya boleh mengesan CCTV yang disembunyikan tidak kiralah di dalam tandas atau hotel mahupun rumah tumpangan.

Baca : RIMAS! : Kereta Penuh Dengan Lipas? Ini 3 Cara Terbaik Nak Halau Lipas Yang Merayap Dalam Kereta, Nombor 2 Paling Senang

Cara-caranya:

1. Guna ‘flash light’ yang ada pada telefon bimbit

Guna lampu suluh ini di tempat-tempat yang mempunyai lubang atau ceruk-ceruk ruang sempit dan jika wujud refleksi dekat tempat yang disuluh, kemungkinan besar ada kamera dipasang di tempat itu.

Dan jika ada, jangan teragak-agak untuk membuat laporan pada pihak bertanggungjawab.

2. Guna kamera hadapan pada telefon bimbit tanpa buka ‘flash’

Halakan kamera hadapan pada tempat-tempat yang dirasakan berkemungkinan ada CCTV dan jika ada seperti ‘dot’ melalui skrin kamera maknanya ada ‘sesuatu’ yang sedang merakam anda.

3. Periksa WiFI di telefon bimbit
Biasanya CCTV akan menggunakan sistem wifi untuk menghantar video atau merakam aksi secara langsung. Cuba periksa wifi yang mendatangkan kecurigaan kepada anda.

4. Periksa lubang atau tempat yang mempunyai skru

Kalau skru longgar tu cuba tarik tengok mana tahu ada CCTV. Selain tu, barang-barang yang boleh diubah seperti tempat flush, jam, baldi, penyapu dan lain-lain juga kena ‘check’ okay!

Baca Selanjutnya :

Isteri Mengadu Diintai Bapa Mertua Dalam Bilik Air, Bila Ditegur Terus Hilang Kepalanya

PANAS! Anak ‘Dara’ Pelik Tiba-Tiba Perut Keras, Rupanya Hamil 34 Minggu Terpaksa Buat Perjanjian Dengan ‘Kakak’

BANGGA! Malaysia Diiktiraf Antarabangsa Sebagai Tempat Persaraan Terbaik Di Asia