Enjin kereta ibarat jantung kepada sesebuah kereta. Ini kerana ia adalah sejenis enjin haba yang berfungsi untuk pembakaran petrol kepada tenaga mekanikal.
Tidak hairan jika enjin kereta menjadi sangat panas jika bergerak dalam jarak yang jauh atau tempoh yang lama.
Oleh itu, enjin ini perlu sentiasa dijaga dengan baik bagi memastikan kereta berada dalam keadaan baik.
Walau bagaimanapun, kadangkala enjin kenderaan ini juga kuat ‘meragam’ dan antara masalah yang kerap berlaku adalah kereta ‘Overheat’.
Disebabkan itu, ramai orang yang cuba mencari solusi ini dan mendakwa pembuangan thermostat pada enjin dapat mengelakkan perkara ini berlaku serta enjin kekal dalam keadaan sejuk.
Namun, adakah cara ini lebih efisien atau memberikan kesan kepada kereta anda?
Perlu ke buang thermostat enjin kereta?
“Buang thermostat enjin jadi lagi sejuk?” itulah antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran para pemandu kereta.
Menurut perkongsian seorang lelaki di akaun TikTok @altimatautogarage, dia menjelaskan fungsi thermostat adalah untuk mengawal jumlah air coolant yang disalurkan ke dalam enjin.
Ini kerana pembakaran enjin kereta boleh mencapai suhu sehingga 800 darjah Celsius. Dengan haba yang tercipta, air coolant akan dipanaskan sekitar (dalam saluran) enjin kereta.
Katanya lagi, thermostat ini mempunyai satu mekanisme yang akan terbuka secara automatik ketika air coolant semakin panas.
“Selalunya suhu mencapai 80 hingga 90 darjah Celsius, thermostat ini akan terbuka dan bagi air coolant yang sejuk masuk ke enjin.
“Air coolant yang dah panas akan dibawa keluar untuk disejukkan dalam radiator. Jadi enjin tidaklah overheat,” katanya dalam klip berkenaan.
Jadi logik buang thermostat enjin takkan panas?
Katanya, meskipun teori itu mempunyai logiknya, namun pengguna kenderaan perlu mempertimbangkannya semula. Setiap enjin kereta mestilah berada dalam keadaan suhu yang sesuai (tidak terlalu panas ataupun terlalu sejuk) untuk prestasi pemanduan terbaik.
@altimatautogarage Buang benda ni dari enjin kalau tak nak enjin rosak!!! Tengok sampai habis jangan tertipu!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretaksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif ##automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #carspotting #carscene #carshow #trending #viral #fyp #thermostat #thermostatreplacement ♬ original sound – Altimat Auto Garage
“Kita mahu dia pada suhu yang betul untuk operasi. Suhu yang betul membolehkan kereta sekarang sangat efisien dan jimat minyak.
“Maknanya, enjin yang sejuk tidak bermakna dia berfungsi dengan baik. Itulah tujuan kenapa thermostat dicipta.
“Bila kereta tiada thermostat, sampai bila-bilalah enjin tidak sampai ke suhu yang betul, sebab dia sejuk sahaja kan,” kongsinya lagi.
Selain itu, dia menambah kereta sekarang ini jika enjin tidak panas, ECU akan berperanan mengarahkan injector untuk inject minyak yang banyak sampai enjin mencapai suhu yang sesuai.
Oleh itu, pembuangan thermostat pada enjin boleh menyebabkan ECU gagal berfungsi dengan tepat kerana menyangka enjin masih dalam keadaan warm up.
Akibatnya, sepanjang perjalanan memandu, ECU akan menekan injector untuk menyalurkan minyak yang banyak bagi pembakaran.
Secara tidak langsung, perkara ini akan membuatkan kenderaan anda menelan minyak yang banyak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok @altimatautogarage
BACA JUGA: Peniaga OKU guna satu tangan je kopek durian, “kita yang sempurna pun berkicap nak buka..”