Membawa kandungan selama 9 bulan dengan 1001 macam alahan pelik, fasa itu cukup memenatkan buat para ibu hamil. Kemuncak paling sukar adalah ketika menuju proses bersalin. Keperitan yang dirasai untuk meneran anak keluar sememangnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Tangan awak kenapa? Ya Allah, kenapa? Masa bila ni? Seriuslah saya buat? Saya cakar je kan?
Ketika ini, para suami memainkan peranan penting dan seharusnya memberikan sokongan moral. Baru-baru ini, wanita bernama Siti Marjidah yang baru bersalin sempat berkongsikan satu video comel bila mana tiba-tiba dia ternampak kesan merah di tangan suaminya. Begitu pelik bagaimana kecederaan kecil itu boleh berlaku, dia berkali-kali tanya punca ia terjadi.
Isteri Pelik Tangan Suami Ada Kesan Merah, Rupanya Kena Gigit Dalam Labour Room
Terima kasih ada di samping saya ketika contraction…Terima kasih bagi tangan dalam labour room
Siapa sangka, rupanya ia berlaku ketika si suami menemani Puan Marjidah bersalin dalam labour room. Tangannya mempunyai kesan gigitan atas dan bawah di mana lelaki itu dilihat seperti sama-sama menahan keperitan mengharungi detik-detik kelahiran anak mereka. Untuk itu, wanita ini berseloroh mengucapkan terima kasih kerana suaminya sudi meminjamkan tangan sebagai satu bentuk moral support.
Isteri jerit teran anak, suami jerit kena gigit
Mendapat lebih 500 juta tontonan sejak dikongsikan, netizen sempat berkongsikan kenangan mereka melahirkan dahulu. Ada juga yang sempat ‘bertekak’ bila si suami menyuruh para isteri bersabar ketika fasa kelahiran sudah tiba.
Isteri Pelik Tangan Suami Ada Kesan Merah, Rupanya Kena Gigit Dalam Labour Room
KREDIT : TikTok Siti Marjidah
Baca : Lama diamkan diri, Datuk Red akhirnya jawab sebab cium Adira