Penumpang panik apabila skru sayap pesawat tercabut

Penumpang panik apabila skru sayap pesawat tercabut. Seorang penum­pang panik apabila merakam beberapa skru sayap tercabut semasa pesawat dinaikinya berada pada ketinggian lebih 10,000 meter di ruang udara, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Dalam kejadian itu, satu skru pada fairing pesawat milik pe­nerbangan Air China itu hilang, manakala skru-skru lain kelihatan sangat longgar.

Insiden itu dirakam pada pesawat Air China CA1921 yang melakukan penerbangan dari Beijing ke Hengyang pada 7 Julai lalu.

Penumpang yang ketakutan bertindak memuat naik rakaman itu di laman sosial, Weibo dan seterusnya tular.

Berikutan kejadian itu, Air China terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk cuba meya­kinkan pelanggan tentang ke­selamatan mereka.

Penumpang panik apabila skru sayap pesawat tercabut

“Air China mengambil tindakan terhadap skru longgar pada fairing sayap kiri penerbangan CA1921 yang dikongsi di internet dengan membaikinya. Kami juga melakukan pemeriksaan keselamatan dan menyemak pesawat model sama yang lain,” kata syarikat penerbangan itu.

Air China bagaimanapun gagal menjelaskan bagaimana skru-skru itu menjadi longgar atau sama ada keselamatan penerbangan itu telah terjejas.

“Kemungkinan yang berlaku ialah sokongan dalam fairing telah patah atau skru longgar akibat getaran jangka panjang,” kata blogger penerbangan po­pular, Qiu Qing di laman sosial.

BACA JUGA :

Kapal kargo bawa lebih 1000 Porsche tenggelam

Akhirnya kapal berusia ribuan tahun milik firaun dipindahkan di sini

Yang perang Russia-Ukraine, sekali yang kena Kapal Kargo Bangladesh