Penyanyi muda ini dikecam kerana anggap sekolah hanya membuang masa

Sebelum ini, penyanyi muda, As’ad Motawh, mengakui bahawa dia tidak gemar pergi ke sekolah dan menganggap aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang membazirkan masa.

Namun, pandangan ini tidak mendapat sokongan daripada ramai selebriti dan pengaruh media sosial, termasuk personaliti TikTok terkenal, Imran Bard.

Melalui video di TikTok, Imran menyatakan bahawa istilah “sekolah membazirkan masa” tidak wujud, dan pemikiran sedemikian hanya sesuai untuk golongan yang kaya yang mampu memilih untuk belajar di rumah atau melalui ‘homeschooling’.

Penyanyi muda ini dikecam kerana anggap sekolah hanya membuang masa

“Tak ada istilah sekolah ini membazirkan masa pada saya. Tak ada! Pergi sekolah! Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah buang masa. Sebab apa? Sebab kau boleh home school.
“Mak bapa kau kaya, boleh bela kau. Kau boleh mewarisi harta mak bapa kau. Masa depan kau cerah.”

Sementara itu, Imran menegaskan bahawa sekurang-kurangnya, anak muda perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tahap minimum pendidikan.

“Kalau kau miskin, tak payah cakap sekolah membazirkan masa. Kau nak kerja Speedmart pun kena ada SPM. Kalau jadi manusia, SPM pun tak ada… kau tak ada beza dengan Rohingya.”

Baca Juga : ‘Kami tak reda dengan apa yang dibuat’ pembeli berang hampas kelapa dalam kuih ketayap