Sedia maklum, sebelum ini nama pempengaruh, View Chin dan Amirah Aqilah pernah terpalit dalam kontroversi berlaku ‘curang’.
Setelah beberapa bulan tidak dilihat bersama, terbaru, View Chin ada memuat naik video di Instagram memaparkan dia bersama dengan cinta hatinya.
Dapat dilihat dalam hantaran video itu, mereka kembali bersama sempena jualan 7.7 yang diadakan secara langsung pada awal bulan lalu.
Perkongsiaan video tersebut telah menarik perhatian ramai selepas mendengar Mira dengan beraninya memanggil View Chin ‘sayang’ biarpun pernah didakwa menjadi punca lelaki terbabit bercerai dengan isteri, Ah Moi.
Walaupun sekadar konten, netizen meluahkan rasa ‘loya’ melihat kemesraan dua individu itu hingga mengungkit kisah ‘gelap’ mereka sebelum ini yang terbongkar.
Sekadar info, sebelum ini Ah Moi mendedahkan di laman Facebook beberapa tangkap layar mesej mesra View Chin dan Mira.
Baca Selanjutnya :