Pergolakan Korea Utara-Selatan membimbangkan, Incheon dan Gimpo digantung sementara

Pergolakan Korea Utara-Selatan membimbangkan, Incheon dan Gimpo digantung sementara. KOREA Selatan melancarkan jet pejuang dan helikopter penyerang serta melepaskan tembakan amaran selepas dron milik Pyongyang didakwa mencabuli ruang udang negara itu pada Isnin.

Agensi berita Yonhap melaporkan Korea Utara menerbangkan beberapa dron merentasi sempadan Seoul hingga memaksa langkah pertahanan segera terpaksa diambil.

“Kejadian pencerobohan itu berlaku di kawasan sempadan sekitar wilayah Gyeonggi,” ujar Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Pengangkutan mengesahkan penerbangan dari lapangan terbang Incheon dan Gimpo turut digantung sementara atas permintaan tentera.

BACA JUGA:

Jawatankuasa saringan perlu berperanan, GLC perlu struktur jelas dari peringkat atas

Ratatouille animasi membawa baik, tapi tidak di dunia realiti sebuah premis di Pandan

Melaka, ada pihak mendakwa Ab Rauf berhasrat untuk mengambil alih jawatan Sulaiman