Perikatan Nasional akan berdaftar sebagai parti gabungan
Perikatan Nasional (PN) akan didaftarkan sebagai gabungan rasmi sebelum parlimen dibubarkan.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, urusan pendaftaran itu telah dirancang dan akan diselesaikan secepat mungkin.
“Pada saya, tempoh bila diadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) bukan fokus saya, agenda saya adalah supaya kerajaan PN mempunyai gabungan parti yang lebih teguh daripada kerajaan sebelum ini.
Tambah beliau lagi, pendaftaran itu memerlukan kerjasama daripada semua parti gabungan PN dan ianya perlu diteliti bagi menyesuaikan mengikut perlembagaan serta prosedur parti masing-masing.