Seorang pemain bola sepak yang dikenali sebagai Septian Raharja telah disahkan meninggal dunia akibat dipanah petir semasa beraksi dalam perlawanan bola sepak di Stadium Siliwangi di Bandung, Jawa Barat, pada Sabtu lalu.
Kejadian tragis tersebut berlaku semasa perlawanan persahabatan antara kelab 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang.
Septian dilaporkan rebah di padang sebelum segera dibawa ke sebuah hospital.
Pada mulanya, walaupun masih bernafas ketika dalam perjalanan ke hospital, namun kemudiannya beliau disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang teruk terutamanya di bahagian dada dan paha.
Laporan dari portal Time Now News menyatakan bahawa ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan pemain bola sepak Indonesia yang disambar petir semasa beraksi di padang.
Sebelum ini, terdapat kejadian serupa di mana seorang pemain bola sepak muda disambar petir semasa bermain dalam Piala Soeratin B-13 di Bojonegoro, Jawa Timur pada tahun 2023.
Beruntungnya, mangsa dalam kejadian tersebut selamat setelah segera mendapat rawatan di Hospital Ibnu Sina di Bojonegoro.
Baca Juga : Bawa anak ke pasar malam, Siti dapat pujian ramai