Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri(KDN) telah mencadangkan untuk membenarkan pekerja asing tanpa izin(PATI) yang ditahan di depoh tahanan Imigresen diambil bekerja oleh majikan tempatan.
Ini berikutan untuk mengurangkan kos bebanan kewangan tahanan PATI
Yang terpaksa ditanggung kerajaan ketika ini. Dari Januari hingga 15 Jun lalu, Jabatan Imigresen menahan 17,226 pendatang tanpa dokumen dalam operasi-operasinya.
Perkara ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak yang menyokong dan juga sebaliknya.
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berpendapat, tindakan kerajaan itu dapat membantu sektor pembinaan yang masih memerlukan ramai tenaga kerja asing.
Katanya, berikutan sekatan kemasukan pekerja asing masih diteruskan kerajaan, banyak syarikat dan kontraktor pembinaan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerja. Kekurangan itu mengakibatkan syarikat berdepan permintaan untuk kenaikan kadar upah dari pekerja sedia ada.
Dalam pada masa sama, Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai idea yang tidak pratikal kerana akan bertambah lagi bilangan penyeludupan golongan itu untuk memasuki negara ini selain akan menggalakan lagi kemasukan warga asing secara lawatan sosial dari Bangladesh, India, China dan Indonesia.
Sumber: