Pernah Makan Singgang Daging Kelantan tak? Hah, Ini Resipi Singgang Daging Kelantan yang Mudah dan Sedap!
Selain daripada singgang ikan, resepi singgang daging juga merupakan antara resepi singgang yang popular bagi orang Kelate.
Dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak cuba masak singgang daging asli dari Kelantan, yang sangat enak dimakan terutamanya semasa musim hujan ini.
Berikut merupakan bahan-bahan dan cara memasak resepi ini yang Mommy boleh cuba:
Resepi Singgang Daging Kelantan
Bahan-Bahan
• Sekeping daging yang dihiris nipis
• Seinci halia yang dihiris
• Seinci lengkuas yang dihiris
• Sebiji bawang merah yang dihiris
• 2 ulas bawang putih yang dihiris
• 5-6 tangkai cili /lada kering yang dipotong kecil
• Sesudu kecil biji ketumbar yang ditumbuk kasar
• 2 keping asam gelugur
• Sesudu kecil budu
• Garam dan perasa secukupnya
• Air secukupnya
Cara-Cara
1. Masukkan daging bersama bahan hiris dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Tumiskan sekejap untuk mengikat rasa rempah pada isi daging.
2. Bila dah nampak kesemuanya sebati dan rempah meresap dengan elok macam ni, tuangkan air dan masukkan juga asam gelugor. Rebus kesemuanya sehingga isi daging empuk.
3. Kemudian, perasakan dengan budu dan garam secukupnya. Singgang daging Kelantan dah siap!
Tips Memasak Resepi Ini
• Usahakan untuk masukkan budu ya. Ini rahsia singgang daging kita terangkat tau!
• Kalau nak ada rasa manis sedikit, bolehlah tambahkan gula melaka mengikut citarasa sendiri.
Hujan-hujan ni, memang sedap terangkat sangat kalau resepi ni menjadi salah satu menu utama. Memang menyandarlah lepas tu semua. Bukan mak ayah je, anak-anak pun turut terbaring kekenyangan.
Sedap dan mudah kan?
BACA JUGA:
CR7 jaring 4 gol menewaskan Al Wehda, perolehi 503 gol untuk lima kelab berbeza
533 kanak-kanak dari 6 TASKA, 92 TABIKA terima anugerah sijil di kawasan Parlimen Ranau