Pertingkat kualiti kebersihan di semua peringkat, antara faktor utama menarik pelancong, tegas Menteri. Pihak berkuasa dan masyarakat diingatkan supaya menjaga kebersihan alam sekitar.
Ini berlaku selepas Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming membuat lawatan di tempat-tempat pelancongan yang strategik.
Lokasi tersebut antaranya Jalan Ampang di KLCC, Bukit Bintang, Tuanku Abdul Rahman, Medan Pasar, Dataran Merdeka dan beberapa lain lagi.
Semasa lawatannya ke lokasi pada waktu malam, Nga berkata pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa mengambil perhatian terhadap kebersihan awam.
“Saya percaya pihak Alam Flora akan mengambil tindakan segera untuk menambah baik perkhidmatan pengurusan sisa selepas lawatan saya.
“Selain itu, Solid Waste Corp di bawah kementerian pembangunan kerajaan tempatan akan memantau untuk memastikan persekitaran bersih.
“Semua pihak harus ingat bahawa kebersihan awam dan suasana yang kondusif amat penting untuk pembangunan industri pelancongan negara khususnya dan kesejahteraan rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain tanggungjawab ke atas agensi kerajaan dan swasta, Nga turut menghulurkan harapan kepada ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak supaya lebih mencintai alam sekitar.
BACA JUGA:
Rogol remaja perempuan 16 tahun, seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah
‘Langkah Sutera’ cubaan jatuhkan KM Sabah Gagal
Pasangan sambut Tahun Baru di Puncak Gunung Bersama Bayi 1 Tahun