Pertubuhan ‘Ayahanda’ haram ditangkap, apa kes ni?

Isu pertubuhan haram ‘Ayahanda’ kini diburu polis berkaitan beberapa isu yang berbangkit baru-baru ini.

Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar ‘Ayahanda’ antara 14 ditahan dalam Ops Cantas (Gengsterism) di kawasan gerai menjual burger di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Semua lelaki berusia 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam, jam 10.10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, pemeriksaan mendapati suspek mendakwa mereka ahli Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB).

“Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

Azmi berkata, operasi itu juga turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran ‘Ayah Abu Nilam Bersatu’.

“Dalam serbuan itu, sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging berserta sarung dan sebilah samurai turut dirampas.

“Selain itu, rampasan membabitkan 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera pelekat pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati pertubuhan itu mempunyai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Baca juga : Salam kaut sampai jejak RM 18 ribu