Pesawat mana yang berani lalu kawasan udara Bhutan

Portal berita MailOnline melaporkan bahawa sebuah laman web telah menerbitkan senarai negara yang mempunyai gelora udara paling kuat di dunia pada permulaan tahun 2024.

Senarai tersebut disusun oleh laman turbli.com berdasarkan data purata pergolakan angin pada bulan Januari 2024.

Bhutan menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut, di mana pesawat yang melintasi negara tersebut akan menghadapi gelora udara yang paling kuat. Manakala, Antartika pula adalah kawasan yang paling tenang dengan tempat ke-172 dalam senarai.

Pesawat mana yang berani lalu kawasan udara Bhutan

Di antara 10 negara yang memiliki udara paling bergelora menurut urutan adalah Guinea-Bissau di tempat kedua, diikuti oleh Senegal, Cabo Verde, Nepal, Gabon, Guinea, Congo, Cameroon, dan Sierra Leone.

Selain Antartika, tempat-tempat yang berada di kedudukan paling bawah dalam senarai tersebut ialah Svalbard (ke-171), Rusia (ke-170), Greenland (ke-169), dan Kanada (ke-169).

Malaysia pula menduduki tempat ke-97 dalam senarai yang sama.

Baca Juga : Gila, baru ‘park’ sejam kat kotak merah kena denda RM 8500