Hayat dan nyawa kerajaan Perikatan Nasional sekali lagi nyaris tamat pada hari ini selepas proses undian Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.
Dengan kedudukan terkini Pakatan Harapan masih lagi kekal dengan bilangan 109 Ahli Parlimen manakala Perikatan Nasional pula bertahan dengan bilangan 113 Ahli Parlimen, dengan beza di antara PH dan PN hanyalah 4 kerusi yang boleh bertukar bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Sudah dua kali undian belah bahagi dijalankan dan setakat ini PN hanya mampu bertahan dengan maksima undi 111 Ahli Parlimen, manakala PH pula bertahan utuh dengan bilangan Ahli Parlimen sedia ada seramai 109.
Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.
PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat.
PH turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan tiga orang ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini kerana sibuk dengan urusan Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung kelak.
ANWAR IBRAHIM
Sumber :