Pasangan suami isteri di Lubok China tidak dapat menahan sebak sewaktu menceritakan tragedi malang menimpa anak sulung mereka berusia 11 bulan yang maut dipercayai akibat tersedak susu semasa di bawah jagaan pengasuh.
Pengasuh telefon, dakwa anak tersedak susu
Ibu mangsa yang mahu dikenali Zaidah, 35, berkata dia menghantar bayi perempuannya seperti biasa ke rumah pengasuh yang terletak di Ayer Melaka pada jam 7.30 pada setiap hari sejak hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, tidak menyangka tragedi malang menimpa anak perempuannya sebaik sahaja pengasuh menghubungi dan memaklumkan anak tidak sedarkan diri.
“Saya biasa hantar anak pukul 7.30 pagi dan ambilnya pukul 5 petang. Semalam, tetiba dalam pukul 11 pagi, pengasuh hubungi dan memaklumkan anak saya sudah kebiruan dan tidak sedarkan diri, mungkin akibat tersedak susu,”ceritanya.
Minta bawa ke klinik berhampiran
Hati seorang ibu yang bekerja di Sungai Udang gundah-gulana sebaik sahaja pengasuh memaklumkan keadaan anak sulung pada ketika itu, lalu segera meminta dibawa ke klinik kesihatan berhampiran.
“Saya memintanya membawa anak ke klinik kesihatan berhampiran kerana khuatir saya lambat sampai ke rumahnya. Saya bekerja di Sungai Udang manakala suami pula di Pulau Gadong,” katanya kepada Utusan Online.
Kemudiannya, pengasuh memaklumkan anak mereka telah dibawa oleh petugas kesihatan ke Hospitak Melaka untuk mendapatkan rawatan susulan.
Baca : PENTING! :Sakit Hati Bila Maybank MAE Buat Masalah? Rupanya Ada Sesuatu Sedang Berlaku!
Bagaimanapun, hati mereka sebagai ibu bapa remuk apabila mendapat tahu anak telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Melaka.
Akan tetapi, punca kematian sebenar masih belum diketahui berikutan laporan bedah siasat masih dalam proses.
“Pengasuh memaklumkan anak telah dibawa oleh petugas kesihatan ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan. Saya terus ke Hospital Melaka dan mereka beritahu anak telah meninggal dunia, namun punca kematian masih belum diketahui susulan laporan bedah siasat sedang dalam proses,” ujarnya sayu.
Terdahulu, jenazah anaknya dikebumikan di tanah perkuburan kampung berkenaan kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian dan memaklumkan, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Baca Selanjutnya :
LICIK! : Berlakon Kena Dera Lepas Curi Duit Majikan RM10,850, ‘Maid’ Kini Diburu Polis