PKP “total lockdown” akan dilaksana kerajaan PN jika situasi tidak terkawal

Cadangan total lockdown hanya pilihan terakhir dalam usaha menangani COVID-19 susulan kejayaan Malaysia sebelum ini mengawal wabak tersebut menerusi mekanisme pengurusan krisis yang baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata sekiranya total lockdown dilaksanakan, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi.

Jadi, kerajaan, katanya, membuat kawalan yang seimbang melalui kaedah pencegahan dengan membudayakan norma baharu.

“Total lockdown atau perintah berkurung tidak perlu dilaksanakan kerana kita dalam peringkat pemulihan dan exit policy seperti yang saya sebutkan tadi.

“Mekanisme pengurusan krisis negara yang telah dilaksanakan ini berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi.

“Sekiranya total lockdown ini dibuat, ia akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental dan ekonomi,” katanya di Parlimen di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai kewajaran kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown ekoran peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menjelaskan kerajaan membuat kawalan yang seimbang melalui keadah pencegahan yang terbaik iaitu dengan membudayakan dan mengamalkan normal baharu.

Katanya, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKP berikutan kerajaan pada ketika itu belum lagi memperhalusi kaedah-kaedah yang sewajarnya dibuat bagi menangani masalah penularan wabak COVID-19.

“Ketika itu, kerajaan sedang dalam fasa work in progress mengkaji prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diguna pakai bagi menjalankan aktiviti dengan memberikan kesimbangan kepada aktiviti ekonomi, fizikal dan sosial,” kata Mohd Redzuan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-total-lockdown-pilihan-terakhir-kerajaan-redzuan-266871

COMMENTS

Wordpress (0)