”PM Anwar berpuas hati dengan Kabinet Baru Sabah” – Jeffrey Kitingan. Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Sabah memberi pernyataan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan perlantikan baharu barisan Kabinet Sabah.
“Ya ya, dia sudah menghubungi kami…ketua menteri (Hajiji Noor) malam tadi,” katanya ketika ditanya berkaitan pendapat Perdana Menteri Anwar yang berpuas hati dengan perlantikan baharu Kabinet Sabah
Pernyataan tersebut dinyatakan ketika dia ditemui oleh pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan kabinet negeri baru kelmarin.
Rombakan kabinet negeri dilakukan oleh Hajiji selepas sebahagian besar BN – Sabah yang diketuai oleh Bung Moktar menarik sokongan terhadap ketua Menteri.
Anwar memainkan peranan sebagai orang tengah, cuba untuk menyelesaikan kemelut yang terjadi dalam politik Sabah dan Hajiji turut memperoleh majoriti sokongan Adun termasuk lima Adun BN.
Penubuhan Kerajaan Perpaduan di Sabah dicadangkan oleh Anwar agar Hajiji dan Bung berdamai.
Namun, Bung telah digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri I pada rombakan kabinet baharu ini.
Terdapat dua Adun BN yang memilih untuk tidak mengikuti jejak Bung kini mendapat jawatan dalam kabinet negeri.
Phoong Jin Zhe dan Christina Liew daripada Pakatan Harapan turut dilantik sebagai Menteri Sabah.
Jeffrey berpendapat bahawa barisan kabinet negeri yang baharu ini lebih saling melengkapi tambahan lagi terdapat seorang pemimpin wanita dan Adun PH.
BACA JUGA :
Mechamato Movie FULL HOUSE!! Dah jadi saingan sengit Filem Avatar pulak
Yasin Terkilan Jabatan Peguam Negara tolak Representasi pertama, berkait kes dadah