PM Anwar tegaskan pejawat awam perlu berani lapor salah laku pihak atasan

PM Anwar tegaskan pejawat awam perlu berani lapor salah laku pihak atasan. Keseluruhan warga penjawat awam diseru untuk tidak berasa takut dan segera melaporkan sebarang perbuatan atau salah laku pihak atasan yang menyalahi undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekalipun arahan-arahan tersebut dikeluarkan oleh beliau, sekurang-kurangnya haruslah dimaklumkan terlebih dahulu.

“Apa yang ingin saya tekankan adalah dari segi penguatkuasaan. Apa yang telah saya pelajari, terutamanya di Kementerian Kewangan, banyak fail-fail, banyak keterlanjuran.

“Nak salahkan pegawai, namun jika arahan dari menteri, apatah lagi perdana menteri, dia patuh,” katanya pada sesi Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari di sini hari ini.

Menurut Anwar, beliau telah memberi arahan yang jelas bahawa sekiranya ada minit mesyuarat daripada perdana menteri sekalipun yang dianggap melanggar undang-undang, beliau perlu dimaklumkan terlebih dahulu sekurang- kurangnya.

“Apatah lagi kalau melibatkan pegawai-pegawai di pejabat saya (JPM) dan menteri-menteri. Sebab tu arahan pertama saya dan minta menteri-menteri beri kerjasama adalah semua Setiausaha Sulit Kanan (SUK) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSUK) di Pejabat Perdana Menteri harus dari kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD).

“Ini adalah supaya penyelarasan yang dilakukan itu baik kerana jika dari bahagian yang lain dia akan kurang paham,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau turut menekankan bahawa ia hanya akan berhasil sekiranya ada kerjasama yang penuh daripada semua pihak.

Jelas Anwar, beliau amat berterima kasih kepada keseluruhan warga penjawat awam di atas sambutan dan teguran-teguran yang diterima serta diterima baik sepanjang menerajui pentadbiran kerajaan.

BACA JUGA :

Kerjasama KPK dan LGM, jaga kebajikan pekebun kecil getah

Tunggang motosikal dengan aksi berbahaya, lima lelaki ditahan

Sanusi anggap Rafizi seolah menghina pengundi berkaitan wang rasuah semasa PRU15

COMMENTS

Wordpress (0)