PMX dijangka umum pembebasan Najib hari ini

Keputusan mengenai permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak mungkin diumumkan hari ini, kata Anwar Ibrahim selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Anwar memberikan jawapan yang ringkas ketika diminta komen berhubung sama ada Lembaga Pengampunan akan mengeluarkan keputusan mengenai perkara itu hari ini.

Menurutnya, Lembaga Pengampunan sudah membuat ketetapan berkaitan perkara tersebut, dan kini kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Pengampunan.

PMX dijangka umum pembebasan Najib hari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, pada hari sebelumnya mengumumkan bahawa Lembaga Pengampunan dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai permohonan pengampunan Najib dalam minggu ini.

Najib Razak, yang disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali pada 28 Julai 2020 atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, menjalani hukuman penjara 12 tahun sejak 23 Ogos 2022 setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Rayuan tersebut sebelum ini ditolak pada 8 Disember 2021.

Peguam Najib, Shafee Abdullah, menyatakan bahawa petisyen untuk pengampunan pertama kali dikemukakan pada September 2022, diikuti dengan penambahan permohonan pada Oktober tahun yang sama dan April 2023.

Baca Juga : Ini tip yang dikongsikan dua minggu jadi ‘traveller’ di AS