PMX umum Bantuan Tunai Rakyat kategori keluarga pada Januari 2023. Terkini, PM umumkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 Kategori Keluarga diawalkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat (BTR) bagi kategori keluarga yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Kerajan Perpaduan yang ada pada hari ini sangat komited untuk membantu keluarga yang bernasib baik kerana fokus utama kerajaan yang ada pada hari ini adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada kos sara hidup. Bila bercakap tentang kos sara hidup pasti kita mengetahui bahawa semua barang sedang meningkat sekarang ini
Bermula daripada barang asas seperti beras, gula, minyak, tepung gandum sehinggalah barang-barang yang bukan keperluan asas. Tambah-tambah orang yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor pasti amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang tak kunjung turunnya.
Bukan sahaja Malaysia, negera-negara lain juga merasa tekanan dengan peningkatan kos sara hidup. Ini rentetan daripada beberapa faktor seperti inflasi negara yang sentiasa meningkat, kenaikan harga bahan mentah dan yang paling tepat untuk kita kaitkan pada waktu sekarang ini ialah, kita baru sahaja berada di pasca covid-19 yang melanda dunia baru-bari ini. Kita baru sahaja pulih daripada wabak dan ekonomi baru sahaja dibuka, jadi amat wajarlah harga barang melambung tinggi.
Apa yang paling menyedihkan adalah golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga b40. Gaji yang mereka terima hanya cukup-cukup makan sahaja. Kadang-kadang tidak mencukupi dan terpaksa berhutang di hujung bulan. Itulah lumrah yang sentiasa golongan b40 hadapi lagi-lagi yang menetap di Kuala Lumpur yang mana kos sara hidup mereka lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim dibawah kerajaannya, Kerajaan Perpaduan hari ini telah mengumumkan inisiatif bantuan untuk keluarga Malaysia. Bantuan tersebut adalah, Bantuan Tunai Rakyat (BTR).
Anwar berkata, Bantuan Tuani Rakyat (BTR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.
BACA JUGA:
KPM serahkan pihak sekolah tentukan sama ada pelajar perlu memakai tali leher atau sebaliknya