Semasa menyambut Krismas, seorang penduduk Singapura berkongsi pengalaman pahit apabila hiasan pokok Krismas di pusat beli-belah di sini tiba-tiba jatuh.
Dan menghempap kepalanya ketika sedang mengambil gambar bersama anak dan isterinya hari ini.
Aileen Tan, 39, isteri kepada mangsa, Julius Lee, 44, menyatakan bahawa kejadian itu amat mengejutkan mereka dan mereka tidak menjangka perkara sedemikian akan berlaku.
“Suami saya berada di luar merry-go-round untuk mengambil gambar saya dan anak.
Tiba-tiba, hiasan pokok Krismas itu jatuh.
Kami benar-benar terkejut dan tidak menjangka langsung. Kejadian berlaku dengan cepat.
“Syukurlah anak bersama saya pada ketika itu.
Kalau dia berada dalam stroller (kereta sorong kanak-kanak), pasti dia turut terkena.
Hanya terkejut dan menangis,” katanya
Julius, yang mengalami bengkak di kepala, telah dibawa ke klinik oleh pihak pengurusan pusat beli-belah.
Aileen menjelaskan bahawa mereka berdua bersama anak perempuan yang berusia tiga tahun datang ke tempat tersebut pada Rabu lalu untuk meraikan sambutan Krismas.
“Kami datang untuk menyambut Krismas dan merancang untuk berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah ini hari ini.
Namun, malangnya, kejadian tidak dijangka berlaku,” tambahnya.
Semasa kejadian, pengunjung lain di tempat itu turut terkejut dan cuba membantu mangsa sebelum pasukan keselamatan pusat beli-belah tiba.
Sebagai tindak balas terhadap kejadian itu, pihak pengurusan pusat beli-belah dengan serta-merta mengalihkan hiasan pokok yang terjatuh.
Walaupun kejadian yang mengejutkan itu berlaku, orang ramai tetap mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama hiasan Krismas yang disediakan di tempat tersebut.
Baca Juga : Bom sebesar tong gas ditemui bikin gempar satu kampung