Polis Sahkan Menteri Komunikasi Tak Berkempen Dalam Masjid, Penyebar Maklumat Pula Bakal Disiasat

Sebelum ini kami melaporkan tentang Menteri Komunikasi, Fafmi Fadzil yang dilaporkan melakukan ucapan politik di dalam ruangan solat sebuah masjid.

Pihak polis bagaimanapun telah melakukan siasatan dan mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad lalu.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selepas meneliti rakaman video berdurasi 12 minit.

Baca : PANAS! Menteri Kempen Politik Dalam Masjid Sampai Kena Balun Dengan Netizen? Baru Tahu Ini Sebabnya…

Tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik The 1975.

Fahmi Fadzil Kini Dalam Siasatan JAIS Selepas Tular Gambar Berucap Dalam  Masjid | Oh! Media

Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir ketika ucapan itu dibuat.

Pihak polis ketika ini sedang mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu kerana didapati memyebarkan perkara tidak benar. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca Selanjutnya :