POLITIK : Azalina Bidas Sanusi – Isu Hina Sultan Tidak Akan Selesai Dengan Hanya Minta Maaf

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman memaklumkan menerusi halaman FB-nya bahawa isu penghinaan institusi raja-raja tidak akan selesai sekadar permohonan maaf di media sosial.

Mengulas isu penghinaan yang dibawa oleh Menteri Besar (Pemangku) Kedah, Sanusi Md Nor yang telah mempersoalkan kewibawaan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Katanya sambil menegaskan tegaskan bahawa walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) PP, kebebasan ini tertakluk kepada Perkara 10(2) PP bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

Ulasnya lagi, sebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempengaruhi orang ramai, terutama sekali dalam musim pilihanraya.

Sesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi Raja-Raja, harus ingat bahawa ini adalah satu KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG,

dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohanan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang- undang (legal defence) dalam perundangan jenayah.

Azalina yang juga merupakan ahli parlimen Pengerang memaklumkan, seeloknya Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kebebasan untuk menyiasat dan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R yang melanggar mana-mana undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.