Senarai nama calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diumumkan pada 22 Julai ini.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat badan perhubungan PN, baru-baru ini.
“Kita akan bertanding, insya-Allah 56 kerusi. Di (Dewan Undangan Negeri) Dusun Tua dan Semenyih, PAS, Bersatu dan Gerakan tidak bertanding…yang bertanding ialah PN.
“Jadi kita bawa calon sebagai calon PN, bukan calon PAS, Bersatu dan Gerakan,” katanya ketika majlis perasmian Himpunan Jentera PN Hulu Langat di sini, malam tadi.
Perasmian dilakukan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.
Roslan Shahir berkata, PN tidak mahu mengelirukan rakyat, sebaliknya menunjukkan kesatuan dan memperlihatkan wajah perjuangan PN untuk membebaskan Selangor dari cengkaman, kezaliman dan ketempangan Pakatan Harapan (PH).
Pada masa sama, katanya rakyat Selangor sudah boleh menerima dan selesa dengan logo PN menyebabkan menjadi tanggungjawab setiap pihak dalam gabungan parti itu untuk terus mempromosikan logo itu.
“Tidak ada lagi cerita rakyat pening mana (logo) PAS, mana (logo) Bersatu, akhirnya pangkah (logo) BN. Itu cerita lama. Kita cairkan perbezaan kepartian dan hadapi PRN atas nama PN,” katanya.
Sementara itu, katanya setiap petugas jentera pilihan raya PN perlu bekerja keras menarik hati rakyat untuk mengundi PN dalam PRN.
“Datuk Dr Ahmad Yunus menang di Parlimen Kuala Langat (dalam Pilihan Raya Umum ke-15), sebahagian besar sokongan datang dari ahli Umno.
“Masa itu (Umno) belum berapa pening lagi dan belum bercium (bekerjasama) dengan DAP. Sekarang apabila sudah bersama DAP, di Selangor…Umno habis.
Beliau berkata, PN tidak bermusuhan dengan ahli Umno dan mereka perlu ditarik untuk mengundi PN dalam PRN tidak lama lagi.
Baca Selanjutnya :
Teringin ‘Bersama’ Tapi Takut? Ini 7 Posisi Intim Bagus Ketika Isteri Hamil Yang Patut Dicuba
Bahana Video Lucah, Pelajar Sekolah Di Terajang Kawan Hingga Lumpuh