Potong pizza pakai parang? Biar betul? Jom g makan sana, tempatnya ada di Melaka.
Pernah tengok piza kena potong dengan parang? Hanya ada di Malaysia saja tau! Orang kita ini emmang kreatif kalau bab makanan dan semestinya sedap.
Nak pula kalau sebut tentang tempat makan di Melaka, mana yang tak sedap atau tak viral sampai orang kena beratur panjang setiap kali nak menjamu selera?
Parang bukan sebarang parang 🤣 Pizza parang Melaka , paya rumput 📍Gr… | TikTok
247K Likes, 4.7K Comments. TikTok video from Owner tengah healing (@ownertengahhealing2022): “Parang bukan sebarang parang 🤣 Pizza parang Melaka , paya rumput 📍Grass street kitchen”. Parado no Bailão – MC L da Vinte & MC Gury.
Itulah penangan Melaka yang terkenal sebagai salah satu destinasi jalan-jalan cari makan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Terbaharu korang tahu tak yang Melaka kini sedang ‘diserbu’ dek kerana ‘Piza Parang’!
Kalau korang nak tahu ‘Piza Parang’ ini sebenarnya adalah sebuah tempat makan di mana piza yang dihidang akan dipotong menggunakan sebilah parang panjang oleh pekerjanya yang memakai topeng lanun.
Tempat makan menarik itu adalah “Grass Stream Kitchen” yang terletak di KM14, Jalan Kg Paya Rumput, Melaka.
Grass Stream Kitchen yang mengetengahkan konsep ‘The Best Pizza In Town’ menjadi viral apabila seorang pengguna TikTok @ownertengahhealing2022 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan aksi pekerja kedai tersebut yang bertindak mendebarkan membawa piza dan parang panjang sebelum dilihat memotong piza berkenaan di hadapan pelanggan.
Aksi pekerja tersebut yang dilihat santai serta bersahaja ketika memotong piza telah meraih perhatian netizen terutama penggemar hidangan barat itu.
Lebih membuatkan ramai terhibur dengan video berkenaan adalah apabila pekerja berkenaan berseloroh mengatakan jika pelanggan tidak bayar mereka pasti akan dikejar dengan parang.
BACA JUGA:
Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini
COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan
Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan