SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Begitulah nasib salah seorang pramugari syarikat penerbangan Air India Express yang ditahan di Lapangan Terbang Kannur di Kerala, India pada 28 Mei kerana didakwa menyeludup emas.
Ia berikutan suspek dikenali sebagai Surabhi Khatun, didapati menyembunyikan sekitar 960 gram emas di dalam duburnya.
Susulan daripada itu, dia direman selama 14 hari manakala emas dirampas oleh pegawai penyiasat di Lapangan Terbang Kannur.
Surabhi sebelum ini dilaporkan telah beberapa kali menyeludup emas.
Baca : Pelancong minah salleh ni selamba berjalan luar hotel tak pakai baju