Isu pengagihan kerusi antara Umno Sabah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah perlu diselesaikan segera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata rundingan antara kedua-dua parti itu perlu diselesaikan segera bagi membolehkan jentera pilihan raya parti masing-masing bersiap sedia menghadapi saingan dalam perebutan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Rundingan ini perlu berdasarkan formula menang-menang…jangan menang-kalah atau kalah-kalah, dan penting rundingan itu perlu dilakukan dengan baik… tentang kerusi (DUN Sabah) mana yang ditandingi dan siapa yang bertanding.
“Itu perkara pokok, selepas itu barulah kita (Umno Sabah) memikirkan soal calon. Semuanya hendaklah dibuat dengan cepat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik Umno Sabah di ibu pejabat Umno negeri, di Kota Kinabalu, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad berkata beliau diminta oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memantau perkembangan PRN Sabah termasuk bertemu dengan jawatankuasa perhubungan di semua 25 bahagian Umno di negeri ini.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537067