PRN Sabah : Lebai Pas pun berebut nak jadi calon

Dewan Ulama PAS Sabah mahu calon mewakilinya bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Ia meluluskan usul menghantar calon mewakilinya pada perhimpunan tahunan kali ke-22 sayap negeri itu semalam.

“Ianya diluluskan secara majoriti serta sebulat suara,” kata Ketua Urusan Ulama PAS Kalabakan, Roslan Ramli dalam kenyataan.

Pada pilihan raya umum 2018, parti Islam itu bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Ia kalah di semua kerusi itu, dan tidak pernah menang sebarang kerusi di Sabah.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/24/ulama-pas-sabah-mahu-calon-wakilinya-pada-prn/