PRU 15 : Tun mungkin tidak sertai, Najib dan Zahid digesa undur diri

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipertikai jawatannya, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum membuat sebarang ketetapan akan bertanding atau tidak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, walaupun hal itu masih belum dapat diputuskan, beliau tetap akan memainkan peranan yang besar pada PRU akan datang termasuk berkempen jika kesihatan baik.

“Jika saya berusia 98 tahun apabila diadakan PRU, sudah tentu akan ada kekangan fizikal, tetapi jika saya sihat, saya akan berikan sebanyak mungkin sokongan yang dapat,” katanya ketika ditemu bual Melissa Goh dari ChannelNewsAsia semalam.

Sementara itu Tengku Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat Umno memberitahu beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid atau Najib akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Namun katanya kedua-dua ahli parlimen itu perlu melakukan pengorbanan jika mereka sayangkan orang Melayu seperti yang ditegaskan dalam Umno.

Pengorbanan yang dimaksudkan beliau, menurut laporan Utusan Malaysia, ialah dengan memberikan laluan kepada orang lain dalam kepemimpinan parti tersebut.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/535748

COMMENTS

Wordpress (0)