Shuk Sahar, pelakon dan pelawak, mendedahkan punca beliau diberhentikan daripada sebuah stesen radio swasta dalam satu temu bual podcast.
Beliau ditugaskan menjadi penyampai radio pada hujung minggu di stesen radio yang popular dan pada hari raya pertama, beliau perlu bekerja.
Walaupun demikian, kerana keinginan untuk pulang ke kampung, Shuk memutuskan untuk merakam segmen radio meskipun tidak dibenarkan.
Dalam keterangannya, Shuk berkata, “Masa tu hari raya dan aku kena kerja. Apa yang aku buat, aku datang malam raya tu.
Sebab aku nak balik Pulau Pinang, kampung dekat sana. Jadi aku datang dan rekod siap-siap, sepatutnya show tu tak boleh rekod. Aku suruh kawan-kawan aku menyamar jadi pemanggil.”
Namun, tindakan Shuk terbongkar apabila majikannya secara tiba-tiba menghubunginya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.
Pada masa itu, bos radio meminta Shuk untuk mengubah lagu kerana lagu tersebut sudah hampir tamat. Kejadian ini menyebabkan keputusan tindakan tidak berdisiplin dan menyebabkan Shuk dihentikan daripada tugas penyampaiannya.
Shuk berkongsi, “Pukul 6.30 pagi dah nak sampai Pulau Pinang, bos radio call aku suruh ubah lagu sebab lagu tu dah nak padam.
Aku terdiam, mula-mula dia telefon tu aku siap pasang radio bagi dengar macam suasana dekat konti. Masa dia cakap padam tu muka aku dah pucat. Aku cakap, ‘bos saya dah nak sampai ni’. Dia maki aku. Minggu depan kau datang kau ambil surat resign. Hari raya pertama aku tak ada job.”
Meskipun kisah ini mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang menganggapnya lucu, namun ada juga warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan Shuk yang dianggap tidak berdisiplin.
Baca Juga : Alasan Kenapa Burung Merpati Suka Hidup Dekat Bandar. Ini Alasannya Yang Menarik Untuk Kita…