Pusat urut kantoi buat khidmat ‘pegang anu’

Ini nak kira kes scam juga ke macam mana? Baru-baru ini, pihak Jabatan Imigresen telah melakukan satu operasi dengan menyerbu rumah urut yang terletak di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam operasi di lima buah premis urut pada 10 Julai itu, seramai 91 orang telah diperiksa di mana, 56 daripadanya adalah orang asing terdiri daripada Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Sudan.

Operasi ini disahkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh di mana dua orang daripadanya adalah lelaki tempatan yang menjaga premis.

Lokasi serbuan ini dilakukan berdasarkan aduan daripada orang ramai di mana kebanyakan premis ini berselindung di sebalik perkhidmatan urut yang sepatutnya sah.

Baca : Gaji pembantu rumah sekarang RM32,000 sebulan